Madu bukan sahaja enak dimakan begitu sahaja, malah kaya
dengan khasiat dan juga boleh digunakan di dalam hidangan mahupun minuman
sebagai pengganti gula. Madu amat terkenal kerana memiliki banyak manfaat bagi
kesihatan dan juga kecantikan.
1. Mengurangkan Tanda-tanda Penuaan
Khasiat yang terkandung di dalam madu dikatakan dapat
menentang radikal bebas. Hasilnya anda akan tampak awet muda. Madu juga boleh
dijadikan penyegar, caranya mudah campurkan teh lemon dan madu, sukatan sama
rata. Kemudian masukkan sedikit air, goncang sehingga sebati. Setiap kali
selepas mandi, sapukan pada wajah dengan menggunakan kapas muka.
2. Memberi Tenaga & Menaikkan Seri Wajah
Amalkan mengambil madu sesudu besar setiap pagi.
Seelok-eloknya ambil madu ketika perut kosong sebaik sahaja bangun daripada
tidur. Cara yang paling digalakkan, tuang sesudu madu di atas tapak tangan.
Kemudian jilat dengan lidah, amalan ini dikatakan dapat membantu membersihkan
kotoran dalaman, memberi tenaga dan mampu menaikkan seri wajah. Mulakan dengan
kalimah bismillah dan selawat tiga kali sambil berniat untuk menjaga kecantikan
serta kesihatan. Insya-Allah dengan usaha dan izin Nya, kita dapat memperoleh
apa yang dihajati.
3. Lindungi & lembapkan Kulit
Kandungan antioksidan dalam madu dapat melindungi kulit
daripada jangkitan, membantu memulihkan luka dan mengatasi pelbagai masalah
seperti bintik merah serta jerawat. Anda juga boleh jadikan madu sebagai
masker. Sapukan pada seluruh wajah, apabila kering cuci dengan limau nipis atau
lemon. Jika tiada memadai dengan air suam. Jika dilakukan secara konsisten,
kulit akan menjadi lembut, cerah dan lembap.
4. Meremajakan Kulit
Pengambilan madu sebagai suplemen harian memberi kesan yang
sangat baik kepada kulit dan rambut. Kulit menjadi lebih segar, lembap dan
cerah. Manakala rambut pula lebih sihat, kuat dan bersinar. Nutrisi madu
seperti magnesium, potassium dan kalsium dapat membantu meremajakan kulit agar
sentiasa tampak muda.
5. Mengatasi Jerawat
Madu sangat mujarab untuk mengecutkan dan menghilangkan
jerawat tanpa meninggalkan parut. Madu merawat kulit dari dalam seterusnya
menjadikan kulit lebih sihat dan licin. Caranya mudah saja, sapukan madu pada
bahagian yang berjerawat, biarkan selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bilas
dengan air suam, amalkan sehingga jerawat hilang.
6. Membersih Secara Semula jadi
Madu juga boleh dijadikan pencuci muka. Kandungan enzim
dalam madu apabila dicampurkan dengan air menjadi cairan lembut yang dapat
membersihkan kotoran dari dalam dan membuatkan kulit wajah lembut dan lembap.
7. Mencerahkan
Berendam dalam air campuran madu, susu dan minyak
aromaterapi atau air mawar memberi anda ketenangan. Air rendaman yang kaya
dengan khasiat ini membelai tubuh sambil merawat masalah kulit. Hasilnya kulit
lebih cerah sekata.
8. Atasi Rambut Gugur
Rambut gugur normal, tetapi bukan senang untuk cari
penawarnya. Tetapi anda boleh cuba tip ini: Campurkan minyak zaitun dengan
sesudu madu dan sesudu teh serbuk kulit kayu manis. Gaul sehingga sebati,
kemudian sapukan pada kepala. Balut kepala dengan tuala selama 10 hingga 15
minit. Kemudian bilas sehingga bersih. Rambut akan menjadi lebih sihat dan
kukuh.
9. Menyuburkan
Madu dapat membekalkan nutrisi yang diperlukan rambut dan
kulit kepala. Campurkan madu dengan minyak zaitun, kemudian sapukan pada rambut
serta kulit kepala. Balut kepala dengan tuala, biarkan selama 30 minit. Selepas
itu, syampu seperti biasa dan bilas sehingga bersih.
10. Bibir Merah Semula jadi
Bibir merah bak delima pasti menjadi idaman setiap wanita.
Namun tidak semua memiliki bibir seperti ini. Janganlah bersedih, ada cara
untuk mencapai impian ini. Sapukan madu setiap hari sebelum tidur, sebaik
sahaja bangun pagi cuci dengan limau nipis atau air suam. Dalam masa seminggu
anda sudah nampak perubahan positif, bibir menjadi lebih segar, lembap dan
kemerahan.
Sumber : Majalah Mingguan Wanita
0 Response to "10 khasiat madu untuk kecantikan"
Post a Comment