Cara Menanam Bunga Ros Jepun

Adakah anda peminat bunga ros jepun? Kalau anda mula berjinak2 ingin menanam bunga ini, anda boleh lihat panduan yang admin nak kongsi tentang cara menanam bunga ini. Cara menanam bunga ini sangatlah mudah hanya dengan menggunakan keratan batang sahaja…

Ok, sebelum itu admin nak kongsi sedikit info mengenai bunga ros jepun ini…Ada macam2 nama orang panggil bunga ini…antaranya bunga kembang petang, bunga pukul sepuluh, moss rose, japanese rose dan nama saintifiknya adalah Portulaca Grandiflor.

Bunga ros jepun ini akan kembang pada pukul sepuluh pagi, kuncup pada waktu petang dan akan kembang semula pada pukul sepuluh keesokan paginya. Ada bermacam2 warna seperti merah, pink, kuning, oren, putih, jingga dan ungu. Ada yang jenis berlapis, selapis dan berjambul.

Pertama sekali sebelum menanam bunga ros jepun ini kita perlu mendapatkan dahulu keratan batang bunga ros jepun...Admin beli daripada peniaga online sahaja...

Apabila parcel sampai kepada admin beginilah bentuknya...penjual akan asing mengikut jenisnya...



Ok, sekarang kita akan lihat panduan menanam bunga ros jepun ini. 

Sediakan peralatan seperti di bawah:

1. pasu/planter box (Admin beli di Daiso)
2. sabut
3. tanah hitam (Admin beli di nurseri)
4. keratan batang bunga ros jepun
5. baja

Cara2 menanam:



1. sediakan pasu/planter box yang ada lubang di bawahnya. Tujuannya ialah untuk memudahkan aliran air keluar.

2. masukkan sedikit sabut bagi menutup lubang pasu. Tujuannya apabila pokok disiram, tanah hitam tidak akan keluar melalui lubang.

3. masukkan ¾ tanah hitam ke dalam pasu/planter box.

4. cucuk keratan batang bunga ros jepun dalam pasu/planter box.

5. siram pokok setiap hari (2x sehari)

6. letak baja (Admin guna baja bunga & baja kopi).


Selepas sebulan inilah hasilnya...






Antara koleksi yang admin ada...


Bagi yang berminat untuk menanam bunga ros jepun ini, bolehlah mencuba panduan yang admin share ini...

Selamat mencuba!! 

Kongsikan panduan ini dengan rakan2 anda!


Berminat dengan rumah dan hartanah???
Jemput "LIKE" Fanpage di bawah untuk mengetahui Info Hartanah Semasa -->

0 Response to "Cara Menanam Bunga Ros Jepun"

Post a Comment