Kisah Sang Katak – Comel tapi AWAS!!

Tahukah anda bahawa sesetengah katak itu beracun?



Mengimbau kembali zaman kecik-kecik dulu. Teringat pula cerita di kampung yang bilik mandinya dibina di luar rumah. Semasa mahu mandi terlihat sang katak yang sedang relaks duduk atas lantai simen. Apa lagi, pagi-pagi dah terjerit-jerit minta tolong sambil lari keluar minta tolong abang buangkan katak. Geli gelaman rasanya tengok sang katak yang menggerutu dan tak comel tu.  Ya..itu lah katak puru punya cerita…hehehe...Anda ada pengalaman tentang katak?  ;)

Ok, sebenarnya ada juga katak yang comel-comel yang kita rasa nak bela dalam akuarium. Tapi tahukah anda bahawa sesetengah katak beracun? Menurut kajian sains dari Pusat Sains Negara, kebanyakan kodok dan sesetengah katak mempunyai pundi racun besar iaitu pundi parotoid yang terletak di bahagian sisi kepala di belakang mata dan pundi lain di serata badannya. Pundi ini merembeskan mukus dan sejumlah toksin yang menjadikan katak licin untuk dipegang, rasa yang teruk atau beracun. Katak beracun biasanya berwarna terang, satu strategi adaptasi yang dikenali sebagai Aposematisme. Ada sejenis katak iaitu dari jenis Katak Damak Beracun di dalam keluarga Dendrobatidae mempunyai strategi ini. Badan katak ini berwarna merah, oren atau kuning dan bertanda hitam pekat di atas badannya.

Jadi, berhati-hati dengan si katak walaupun ianya kadang-kadang terlihat sangat-sangat comel.


Rindu Awak 200%...Comel ke katak tu?? ;)



0 Response to "Kisah Sang Katak – Comel tapi AWAS!!"

Post a Comment