Sekarang Waktu Terbaik Untuk Melabur Hartanah??

Gambar Hiasan
Betulkah ini waktu yang sesuai untuk membeli rumah atau hartanah saat ekonomi merudum dan nilai matawang Ringgit jatuh? Benarkah kata-kata pendapat sesetengah orang bahawasanya kalau beli rumah atau hartanah di saat ekonomi jatuh sangat-sangat menguntungkan? Baiklah….mari kita dengar pendapat dari seorang Jutawan yang tidak asing lagi bagi kita iaitu saudara Irfan Khairi. Di dalam penjelasannya pada kali ini Irfan Khairi menyatakan inilah waktu terbaik untuk beli rumah atau hartanah apabila ekonomi jatuh! 

Menurut saudara Irfan Khairi, walaupun ramai “jutawan” akan menjadi “bukan jutawan” bila ekonomi jatuh, di waktu yang sama, ramai juga yang “bukan jutawan” akan menjadi “jutawan” oleh kerana bijak mengambil peluang ekonomi jatuh. So, siapa-siapa yang pandai mengambil peluang di saat  ini sememangnya dia bijak untuk mengaut keuntungan lebih.
Sumber: Pusat Hartanah Negara
THE SIMPLE FORMULA: 

Apabila ekonomi jatuh, harga rumah akan jatuh. Harga rumah jatuh disebabkan terdapat ramai “distress” seller atau mereka yang memiliki rumah, terpaksa jual rumah mereka pada harga rendah kerana tak mampu membayar balik bank. Sebagai pelabur bijak, kita perlu cari rumah-rumah begini (yang mempunyai lokasi yang baik) dan menawarkan harga terbaik untuk membeli.

Beri sedikit masa dan sudah pastinya ekonomi akan pulih dan perbetulkan sendiri, rumah yang kita beli pada harga yang murah di masa sekarang akan menjadi mahal dengan lebih cepat. Bila kita jual balik dikemudian hari, keuntungan pun akan menjadi berganda-ganda! 

Tambah beliau lagi, ini merupakan salah satu cara saudara Azizi Ali menjadi jutawan bertahun-tahun yang lalu ketika sekitar 1990-an dulu di mana Malaysia telah mengalami krisis ekonomi yang sangat merudum. Apa yang dilakukan ialah membeli hartanah pada harga “bargain”, dan jual semula apabila ekonomi naik semula. Jadi, kesimpulan di sini ialah bagi mereka yang mempunyai wang lebih, this is the best time untuk membeli rumah dan melabur pada hartanah.

Persoalan yang selalu di tanyakan selalunya begini:
 “Macam mana kalau takde wang? Irfan Khairi & Azizi Ali boleh la beli sebab ada duit kan…”

Jawab saudara Irfan Khairi, bagi yang tiada simpanan janganlah dijadikan alasan untuk tidak berbuat apa-apa. 10 tahun lalu ketika krisis ekonomi, beliau sendiri pun tiada wang dan tidak boleh beli sebarang rumah pun. Pada masa itu beliau hanya tinggal di rumah flat yang tiada bilik!! Tetapi pada waktu itu, beliau telah berkata pada diri sendiri seandainya krisis ekonomi yang seterusnya, beliau mesti mempunyai cukup wang untuk membeli hartanah. Jadi pada 10 tahun lepas, beliau merasa sangat kerugian daripada mengambil apa-apa tindakan (beli hartanah) kerana masalah ketiadaan wang yang cukup. Walaubagaimanapun, sekarang ini beliau tidak lagi akan berasa kecewa kerana beliau telah pun persiapkan diri untuk mengambil peluang ini (membeli hartanah).

Bagi mereka yang tidak berpeluang membeli rumah kali ini, anggaplah ini sebagai satu “panggilan” untuk tidak melepaskan peluang membeli rumah ketika krisis ekonomi yang akan datang. Begitulah nasihat dan kata2 perangsang kepada kita semua agar beringat untuk tidak ketinggalan dalam memiliki hartanah.

Sumber: saudara Irfan Khairi

Berminat dengan rumah dan hartanah???
Jemput "LIKE" Fanpage di bawah untuk mengetahui Info Hartanah Semasa -->




0 Response to "Sekarang Waktu Terbaik Untuk Melabur Hartanah??"

Post a Comment