PHTHALATES yang digunakan dalam alat solek mampu
merendahkan IQ bayi dalam kandungan. – Gambar hiasan
Hamil merupakan saat yang dinanti-nantikan setiap
wanita terutama bagi mereka yang merindui kehadiran seorang bayi dalam
kehidupan berumahtangga. Ketika mendapati diri mereka hamil, kebanyakan wanita
akan menjaga kandungan mereka dengan sangat berhati-hati.
Sayangnya, ramai wanita hamil masih melakukan
rutin yang sama seperti ketika belum hamil dan salah satunya ialah menggunakan
alat solek atau produk kosmetik.
Pada masa ini terdapat perdebatan berkenaan kesan
penggunaan alat solek terhadap kehamilan. Ramai pakar kesihatan berpendapat,
kandungan bahan kimia yang dikenali sebagai phthalates pada alat solek mampu
menurunkan darjah kecerdasan (IQ) anak dalam kandungan.
“Hingga kini kami beranggapan, phthalates mampu
memberikan impak negatif pada kesihatan otak bayi dalam kandungan. Kami
mengetahuinya setelah melakukan kajian untuk memeriksa tahap IQ anak-anak.
“Pendedahan tinggi pada phthalates mencatatkan
tahap IQ sekitar enam hingga tujuh kali lebih rendah daripada bayi yang tidak
terdedah kepada bahan kimia berkenaan. Tahap IQ rendah ini termasuk kesukaran
dalam menumpukan perhatian dan mengingat sesuatu benda,” jelas ketua penyelidik
daripada Columbia University’s Mailman School of Public Health, Profesor Robin
Whyatt.
Tambahnya, phthalates merupakan bahan kimia yang
mampu merosakkan hormon manusia dan daripada penyelidikan sebelumnya mendapati,
bahan itu menjadi faktor dalam peningkatan risiko diabetes dan asma.
“Dalam alat solek, ia digunakan untuk melarutkan
bahan kimia lain dan banyak digunakan dalam pewarna kuku,” ujarnya.
Sumber: KOSMO
0 Response to "Bersolek Ketika Hamil Rendahkan IQ Anak??"
Post a Comment