Suka tengok orang pakai kasut bertumit tinggi. Teringin
untuk mencubanya tetapi tidak selesa. Bila pakai, kaki terasa sakit. Kita juga
sering mendengar atau terbaca tentang keburukan memakai kasut bertumit tinggi
dalam tempoh jangka masa panjang. Entri kali ini berkongsi lima tip memakai
kasut bertumit tinggi dengan selesa, tanpa rasa sakit!
Pilih Ketinggian Yang Sesuai
Pilih tumit wajar
yang membolehkan anda berjalan seperti biasa. Terdapat pelbagai ketebalan dan
ketinggian tumit kasut yang boleh anda pilih. Jika anda sudah biasa mengenakan
kasut tumit tinggi, tak salah memilih tumit yang runcing dan setinggi yang anda
mahu. Tetapi bagi yang baru berjinak-jinak dengan kasut tumit tinggi, pilih
tumit yang mempunyai ketinggian sederhana ataupun pakai sahaja wedges.
Rehatkan Kaki
Adalah baik untuk
merehatkan kaki anda sekali-sekala. Tanggalkan kasut tumit anda dan regangkan
atau urut kaki anda. Cara ini akan membenarkan kaki anda ‘bernafas’ dan
mengurangkan geseran kulit kaki yang menyebabkan melecet. Tambahkan kusyen pada
tapak kasut supaya tapak kaki tidak sakit.
Jangan Pakai Kasut Terlalu Lama
Selalu bawa
sepasang kasut biasa jika anda tidak selesa. Kasut tumit tinggi tidak direka
untuk dipakai dalam jangka masa yang lama. Elakkan memakai lebih daripada empat
kali seminggu dan pastikan ada sekurang-kurangnya dua hari di antaranya.
Cara Berjalan
Jangan melangkah
atau meletakkan tumit dan jari kaki anda di atas tanah yang pada masa yangsama.
Berjalan dengan cara yang sama apabila anda memakai flat shoes - dengan
setiaplangkah yang anda ambil, letakkan tumit anda terlebih dahulu dan kemudian
jari kaki anda.
Beli Jenama Dan Kualiti Terbaik
Biasanya kasut
dari jenama terkemuka direka dengan baik dan tidak menyakiti kaki anda
berbanding kasut tumit yang boleh didapati di mana-mana kedai biasa. Jika anda
mahu membeli kasut, belilah kasut yang berkualiti dan harga berpatutan. Jangan
sesekali membeli kasut yang tidak berkualiti kerana harganya murah. Kasut yang
diperbuat dari plastik akan membuatkan kaki anda cepat berpeluh, melecet, dan
membengkak.
Pilih Material Yang Sesuai
Kini terdapat
banyak fabrik kasut yang boleh anda pilih seperti plastik, jelly shoes, fabrik
kulit, dan juga fabrik campuran. Pilih kasut dari fabrik kulit untuk kasut yang
tahan lama serta berkualiti. Jika anda inginkan kasut tumit tinggi yang melekat
pada kaki, pilih jelly shoes kerana
biasanya ia mengikut bentuk kaki.
Sumber : Majalah Rapi
0 Response to "5 Cara Pakai Kasut Tumit Tinggi"
Post a Comment