Setiap kali menjelang Aidilfitri, ramai yang memasang angan2
untuk menukar langsir baru. Jom lihat tip pemilihan langsir yang sesuai bagi
yang ingin menukar langsir sempena Aidilfitri 2015 ini…
Pemilihan fabrik langsir yang tepat dan sesuai penting untuk memberikan keselesaan dan menyerlahkan lagi keindahan kediaman. Selain berfungsi sebagai pelindung cahaya matahari, langsir kini menjadi salah satu elemen penting dalam hiasan dalaman. Tip deko kali ini memberi panduan berkaitan pemilihan langsir.
Anggaran bajet
Kain langsir datang dengan
pelbagai harga dan ia bergantung kepada jenis fabrik serta kualitinya.
Dicadangkan anda membeli langsir mengikut bajet. Banyak pilihan yang cantik
dengan harga jauh lebih rendah.
Tentukan ukuran
Memilih ukuran yang tepat
akan memberikan suasana ruang dalam rumah tampak kemas, teratur dan menarik.
Untuk nampak lebih dramatik, gantung langsir pada bahagian lebih tinggi.
Sebagai panduan mudah, lukis secara ringkas bentuk segi empat tingkap atau
pintu gelangsar dan ukur dimensi iaitu panjang dan lebar tingkap tersebut di
dalam buku nota kecil. Bawa buku tersebut dan tunjuk kepada pembantu jualan di
kedai. Mereka yang mahir dalam bidang ini akan membantu anda membuat ukuran
kain yang tepat.
Jenis fabrik
Pemilihan fabrik penting
dalam menentukan kegunaan langsir di dalam rumah. Pertimbangkan suasana bilik.
Untuk ruang lebih rasmi, elok digayakan dengan langsir fabrik tebal seperti
sutera baldu yang mempunyai bukaan besar. Bagaimanapun, pilihan lebih praktikal
adalah campuran rayon sutera dan kapas. Fabrik kapas atau linen lebih menarik
apabila ia mencecah lantai.
Padanan corak dan warna
Jika dahulu pilihan corak
dan warna langsir adalah terhad, hari ini tidak lagi. Kini, anda saban hari
dijamu dengan rekaan langsir terkini dan berbeza corak serta warna. Pendek
kata, anda boleh melakukan pelbagai kombinasi corak dan warna.
Namun, pastikan ia kena
dengan hiasan dan pandangan keseluruhan rumah anda. Memilih warna semula jadi
untuk ruang di dalam rumah adalah pilihan tepat kerana membantu anda memadankan
dengan warna perabot. Jika ruang rumah menerima banyak sinaran matahari,
elakkan langsir warna lembut kerana ia akan cepat pudar. Pilih warna sedikit
terang bagi membantu menghalang cahaya masuk dan langsir lambat pudar.
Potongan
Seiring dengan
perkembangan semasa, fesyen langsir juga tidak ketinggalan. Pelbagai pilihan
potongan boleh didapati. Anda boleh membuat ropol, potongan lurus, kedutan,
bidai dan sebagainya. Jika anda ingin menjahit sendiri dan masih lagi
berjinak-jinak dengan seni jahitan langsir, dapatkan bantuan serta latihan yang
mencukupi. Pelbagai panduan jahitan langsir kini boleh didapati dengan mudah,
sama ada menerusi buku, e-buku dan juga informasi internet yang boleh didapati
dengan percuma.
Pilihan tambahan
Pemasangan langsir adalah
tugas terakhir selepas langsir dipilih dan dijahit. Pastikan perkakasan lain,
sama ada kecil atau besar telah dibeli dengan lengkap. Periksa palang langsir
dan buat perkiraan yang anda telah mempunyai bilangan cangkuk yang mencukupi.
Jika tidak, beli cangkuk tambahan dan ia mestilah padan dengan jenis palang.
Begitu juga tali pengikat langsir yang menarik dan sepadan adalah menjadi kemestian
untuk menambah seri.
Penjagaan Langsir
- Bersihkan habuk pada langsir. Guna bulu ayam atau penyedut hampa gas, bermula dari atas ke bawah.
- Beri tumpuan pada hujung langsir semasa membersihkannya kerana habuk sering terperangkap pada bahagian ini.
- Lap permukaan langsir dengan menggunakan kain lembap. Namun jangan mengelap langsir yang berwarna cerah kerana kesan habuk tebal akan mengotorkan lagi permukaan langsir sewaktu di lap.
- Guna penyedut hampa gas untuk membersihkan langsir yang masih digantung. Ini memudahkan kerja dan menjimatkan masa.
- Membasuh langsir di dalam mesin pencuci adalah cara paling mudah tetapi gunakan pusingan perlahan bagi memastikan fabrik langsir tidak terjejas.
- Terbalikkan langsir sewaktu hendak menjemur di bawah sinaran terik matahari. Jika dijemur bahagian permukaan boleh memudarkan warna langsir.
- Seeloknya rendam langsir yang bersaiz tebal dengan air suam buat seketika sebelum dicuci.
- Jangan guna sabun yang boleh melunturkan warna langsir.
Sumber : Majalah Mingguan Wanita
Berminat dengan rumah dan hartanah???
Berminat dengan rumah dan hartanah???
Jemput "LIKE" Fanpage di bawah untuk mengetahui Info Hartanah Semasa -->
Jual Beli Rumah & Hartanah
Casino, Hotel and Event Center Tickets - MJH
ReplyDeleteBuy 통영 출장안마 and sell 대구광역 출장안마 your Casino, Hotel 삼척 출장샵 and Event Center tickets at 경주 출장마사지 MJH.com. 안양 출장샵 Find the latest events and sell your Casino, Hotel and Event Center tickets at MJH.com.