Kadang-kadang apabila godaan datang, perut mula
‘memberontak’ untuk mendapatkan makanan yang sedap-sedap. Jangan bimbang, masih
ada cara lain untuk membantu anda langsing tanpa perlu ‘ikat perut’. Cubalah
trik ini:
Mulakan Pagi Dengan Protein
Protein tanpa
lemak membuatkan anda merasa kenyang lebih lama berbanding dengan makanan lain.
Namun, waktu pengambilannya juga penting. Menurut penyelidikan di Purdue
University, pengambilan protein tanpa lemak seperti putih telur atau yogurt
rendah lemak ketika bersarapan akan membuatkan anda kenyang lebih lama
berbanding pengambilan itu pada waktu yang lain. Joan Salge Blake dari klinik
nutrisi di Boston University pula menyarankan supaya mengambil protein tanpa
lemak sebanyak 30g ketika bersarapan.
Nikmati Limau Gedang
(Grapefruit)
Kajian dari Nutrition
and Metabolic Research Center di The
Scripps Clinic, San Diego mendapati seseorang yang mengambil
separuh limau gedang setiap kali waktu makan boleh menurunkan 1.6kg berat badan
dalam tempoh 3 bulan. Selain itu, buah dari jenis limau bali yang berwarna
kuning dan oren juga dapat menurunkan kadar hormon insulin yang mengawal gula
darah dan metabolisme lemak.
Peluh Itu Seksi
Senaman secara
rutin bukan sahaja membakar kalori tetapi membantu anda mengurangkan
pengambilan kalori. Menurut penyelidikan yang diterbitkan di American Journal
of Physiology, latihan kardio intensiti tinggi selama 60 minit mampu
mengurangkan selera makan sehingga dua jam. Ingin latihan yang maksimum?
Lakukan latihan kardio dengan latihan invertal, iaitu latihan dari perlahan
kepada laju yang dilakukan berulang kali dan berehat di atara latihan tersebut.
Katakan ‘Ya’
Pada Kentang
Menurut Katherine
Beals, associate
professor Jabatan
Nutrisi di University of Utah, kentang termasuk dalam karbohidrat kompleks yang
menghadam makanan dengan lebih lama dan mampu mengurangkan nafsu makan. Cubalah
ambil kentang panggang (bukannya kentang goreng) untuk makan malam yang
mengandungi 100 kalori.
Kunyah Sahaja
Hasil kajian oleh
Kathleen Melanson, associate professor nutrisi
dari University
of Rhode Island, seseorang yang mengunyah gula-gula getah selama
satu jam pada waktu pagi akan mengurangkan 67 kalori ketika makan tengahari.
Ini kerana gula-gula getah dapat merangsang saraf pada rahang yang berhubung
dengan otak yang bertanggungjawab memberi rasa kenyang. Jadi, pilihlah
gula-gula getah yang rendah gula dan ia dapat mengurangkan nafsu makan dan juga
membakar 11 kalori per jam.
Hidu Aromanya
Pisang, epal
hijau dan vanilla. Menurut Alan Hirsch, pengarah neurological di The
Smell & Taste Treatment and Research Foundation di Chicago, semakin kerap anda menghidu
aroma-aroma ini, semakin banyak penurunan berat berlaku secara semulajadi. Jika
tiada produk vanilla, anda boleh nyalakan lilin yang beraroma vanilla di meja
makan atau dapur rumah.
Tidak Salah Sedikit Lemak
Meninggalkan
lemak dalam jadual pemakanan anda boleh memberikan kesan negatif. Namun untuk
mengambilnya pula janganlah berlebihan. Menurut Sari Greaves dariAmerican Dietetic Association,
pengambilan lemak tak tepu mestilah tidak melebihi 20% dari jumlah kalori harian.
Contohnya, dua sudu makan mentega kacang, 20g kacang atau ¼ buah avokado.
Sumber : Majalah Rapi
0 Response to "Rahsia Langsing Tanpa ‘Ikat Perut’"
Post a Comment