Rasa malas sangat nak berdiet sebab susah betul nak
berjaya. kalau mampu turunkan berat badan pun, tak banyak. Kemudian bila makan
sikit, mulalah berat badan naik semula. Bosannya! Kalau tak diet, badan
'membesar' pula. Bukan saja tak selesa dan kurang keyakinan diri, kesihatan pun
mulai terjejas. Harap-harap dengan 10 trik mudah ini, anda akan berjaya
menurunkan berat badan yang 'degil' itu ya?
Kurangkan Skala Makanan
Menurut Bethenny
Frankel, penulis buku ‘Cara Mengecilkan Badan Secara Semulajadi’, mengurangkan
makanan bukan dengan cara mengira berat makanan sahaja tetapi dengan cara
memesan dua makanan pembuka dan tidak mengambil
hidangan utama.
Hadkan Untuk Makan
Menurut Ellen
Kunes, editor health.com, cara menghadkan diri anda daripada mengambil makanan
terlalu banyak ialah dengan menyediakan bekas kecil atau piring. Jadi, anda
boleh mengukur dengan saiz bekas ini agar anda tidak makan berlebihan.
Minum Coklat ‘Shake’
Minuman coklat ‘shake’ berbeza
dengan minuman coklat biasa kerana ia mengandungi protein dan kalori yang
rendah. Malah, dengan minuman ini anda akan merasa kenyang dan dapat
menggelakkan dari mengambil makanan berkalori tinggi.
Bawa Buah
Menyimpan dan
membawa buah di tempat kerja boleh menggelakkan anda dari mengambil makanan
ringan yang lain.
Berus Gigi Selepas Makan Malam
Memberus gigi
selepas makan malam akan membuatkan anda malas untuk makan lagi.
Elakkan Makanan Berkalori
Tinggi
Elakkan daripada
mengambil minuman yang mengandungi kalori tinggi seperti jus, minuman bergas
dan sebagainya.
Bergambar Sebelum Diet
Sebelum anda
memulakan diet, ambillah gambar yang menunjukkan bentuk badan anda. Setiap kali
anda hilang semangat untuk berdiet, lihatlah gambar itu untuk memotivasikan
diri anda.
Pakai Baju Yang Ketat
Dengan memakai
pakaian yang ketat, ia akan memberi motivasi kepada anda dari tidak mengambil
snek-snek yang membuatkan anda bertambah berat badan.
Air Campuran Timun
Apabila anda
merasa lapar dan ingin makan snek ringan, cubalah minum air yang dicampur
dengan timun. Ia boleh membantu anda merasa sedikit kenyang.
Habiskan Makanan
Masukkan makanan
yang tidak habis dimakan ke dalam bekas makanan dan simpan di dalam peti ais.
Jangan biarkan makanan itu terbuka. Ini untuk menggelakkan anda terus makan
walaupun sudah kenyang.
Sumber : Majalah Rapi
0 Response to "10 Tip Kurus Paling Berkesan"
Post a Comment