Ramai yang takut
untuk makan lewat malam kerana beranggapan ia akan menggemukkan. Sebenarnya ia
bergantung kepada jenis makanan yang anda pilih. Pengambilan makanan malam juga
mampu memberikan khasiat kepada tubuh. Jom ketahuinya.
Apabila bercakap
tentang snek sihat, burger dan ayam goreng tidak termasuk dalam senarai
ini ya. Makanan ringan yang mengandungi karbohidrat berkanji dan lemak tinggi
harus dielakkan kerana ia hanya akan memberikan kesan negatif kepada anda.
Berikut adalah beberapa jenis makanan
ringan yang sihat, sesuai dijadikan snek pada waktu malam. Ia bukan sahaja
dapat mengurangkan rasa lapar, malah juga dapat membantu anda mendapatkan tidur
yang lebih lena.
Yogurt
Sesuai bagi anda yang mengalami
insomnia ataupun kesukaran tidur pada waktu malam, yogurt dikatakan mampu
membantu anda untuk tidur dengan lebih lena dan berkualiti. Yogurt
mengandungi protein yang tinggi dan kandungan karbohidrat yang rendah.anda juga
boleh campurkan buah-buahan seperti strawberi dan blueberi untuk proses
antioksidan selain mendapatkan rasa yang lebih sedap.
Pisang
Kalau anda nak tahu, kandungan
karbohidrat kompleks yang menghasilkan melatonin pada pisang juga mampu
membuatkan anda mudah untuk tidur lena. Selain meningkatkan kadar insulin yang
dihasilkan bagi membantu tubuh badan mendapat rehat yang mencukupi, kandungan
potassium dan magnesium yang tinggi dalam pisang juga boleh membantu otot kita
untuk berehat.
Roti
gandum
Banyak khasiat yang boleh kita dapati
daripada roti gandum antaranya, vitamin B kompleks, serat, Vitamin E, zink, zat
besi, asam folat dan antioksida. Hanya makan sepotong sandwich bersama salad
segar dan daging tanpa lemak mmapu memberikan kesan kenyang dalam tempoh
yang lama.
Pelbagai
buah-buahan segar
Tidak dapat dinafikan, buah-buahan
segar seperti epal, strawberi, oren dan banyak lagi merupakan sumber vitamin C
terbaik buat tubuh. Buah-buahan ini sesuai dijadikan sebagai snek pada waktu
malam. Untuk mempelbagaikan cara memakannya, anda boleh mengisar beberapa jenis
buah untuk dijadikan jus. Selain dapat menghilangkan rasa lapar, anda juga
dapat melakukan proses detoks yang dapat melancarkan proses penghadaman ketika
tidur.
Amalkan snek sihat ini jika berasa
lapar pada waktu malam. Elakkan dari mengambil makanan tidak berkhasiat yang
akhirnya akan membawa kesan buruk kepada tubuh badan.
Sumber : Majalah Rapi
0 Response to "Snek sihat kudapan tengah malam"
Post a Comment