5 Tip Atasi Rambut Bercabang



Salah satu tanda bahawa rambut anda sudah memerlukan rawatan dan harus ditrim adalah apabila munculnya cabang di hujung rambut. Dalam erti kata yang lain, hujung rambut anda sudah terbahagi kepada dua! Langkah terbaik bagi mengatasi masalah ini adalah dengan sentiasa trim rambut anda. Selain mampu menghindari masalah rambut bercabang, ia juga adalah satu alternatif bagi anda yang ingin merawat rambut yang rosak.

Jangan sesekali terpedaya dengan produk yang menjamin boleh merawat masalah ini. Anda boleh mengatasinya sendiri dengan lima langkah mudah ini:-

Penggunaan Rerapi Rambut
Perapi rambut digunakan selepas bersyampu bertujuan untuk melembutkan rambut dan mengurangkan kekusutan rambut.

Rajin Merapikan Rambut
Jangan biarkan rambut terus memanjang tanpa dirapikan bahagian hujungnya. Setidak-tidaknya, rapikan bahagian hujung rambut setiap 6 bulan sekali. Selain membuat potongan rambut kembali kemas, ia juga mengurangkan masalah rambut bercabang.

Penggunaan Mayonis Pada Rambut Bercabang
Mayonis bermanfaat untuk melembutkan rambut dengan cara meletakkan satu sudu besar makan mayonis pada rambut. Kemudian, bungkus rambut anda menggunakan ‘shower cap’. Biarkan selama 10-15 minit dan bilas menggunakan syampu hingga bersih.

Penggunaan Sikat
Gunakan sikat yang bergigi jarang supaya ia dapat mengurangkan kecederaan kepada kulit kepala semasa menyikat rambut yang kusut. Dengan ini, kulit kepala anda tidak mengalami sebarang kecederaan dan rambut anda tidak mudah rosak.

Elakkan Penggunaan Air Panas Semasa Mencuci Rambut

Sememangnya selesa menggunakan air panas untuk mandi dan mencuci rambut. Namun tahukah anda, rambut akan kehilangan lembapan dan mengakibatkan rambut kering serta bercabang jika kerap mandi dengan suhu air begini.


Sumber : Majalah Rapi

0 Response to "5 Tip Atasi Rambut Bercabang"

Post a Comment