Mungkin anda tidak sedar, apa
yang anda lakukan seharian boleh membahayakan kesihatan. Memakai seluar jeans
yang terlalu ketat, menyilangkan kaki ketika duduk atau mendengar ‘walkman’
semasa tidur. Kebiasaan inilah yang boleh meningkatkan risiko terkena penyakit
tertentu.
Silang Kaki
Duduk dengan menyilang kaki boleh meningkatkan
tekanan darah systolic (tekanan ketika jantung berdenyut sambil mengepam darah)
sehingga 7% dan tekanan darah dialostic sehingga 2%. Sebaiknya, elakkan
menyilang kaki lebih daripada 15 minit dan jangan duduk dengan posisi dan
tempat yang sama lebih dari 45 minit.
Tidur Meniarap Sepanjang Malam
Posisi ini memang membuatkan anda lebih mudah
untuk tertidur. Namun, elakkan dari tidur terlalu lama dalam posisi ini kerana
leher anda boleh mengganggu peraliran darah. Posisi tidur yang baik adalah
terlentang atau mengiring sambil memeluk bantal di antara kaki.
Mengenakan Tali Pinggang Terlalu Ketat
Mengikat tali pinggang terlalu ketat juga
boleh mengganggu sistem penghadaman anda dan akan menekan perut serta organ
dalaman. Kesannya, proses penghadaman tidak berjalan dengan baik. Pastikan anda
mengenakan tali pinggang dengan ukuran yang normal. Duduk dengan selesa, tidak
membongkok dan bernafas dengan normal.
Beg Tangan Di Sisi
Kebanyakan anda membawa beg tangan yang
disangkut di bahu pada sisi yang sama. Kebiasaan inilah yang mengakibatkan
ketidakseimbangan otot dan menyebabkan rasa sengal. Sebaiknya, jangan membawa
barang terlalu banyak dalam beg dan keraplah berganti antara bahu kiri dan
kanan.
Terus Lakukan Regangan Selepas Bangun Tidur
Ketika bangun tidur, anda biasa melakukan
regangan badan. Jangan begitu, kerana kebiasaan ini boleh merosakkan sendi pada
tulang belakang. Kesannya anda sakit pada bahagian punggung dan leher.
Disarankan selepas bangun tidur, lebih baik anda terus bangun, berjalan di
sekeliling rumah, minum air putih atau menggosok gigi.
Kerap Membongkok
Dengan membongkok, ia boleh menyebabkan rasa
sakit pada bahagian bahu dan member tekanan kepada tulang belikat anda.
Memakai Jeans Terlalu Ketat
Skinny jeans atau jeans terlalu ketat memang
menjadi trend sekarang ini. Namun, jika dipakai setiap hari, ia boleh
menyebabkan masalah kesihatan kerana ia menghadkan gerakan badan anda dan
merasa kurang selesa dengan aktiviti yang anda lakukan. Malah, jeans terlalu
ketat juga berpotensi menekan pengaliran darah.
Sumber : Majalah Rapi
0 Response to "7 Tabiat Harus Dihentikan Untuk Sihat"
Post a Comment