Setiap hari mewakili warna-warna
tertentu, pemakaian baju atau aksesori mengikut warna tersebut akan menyerlah
aura positif dalam diri anda. Jom kenali aura warna mengikut hari.
Putih
polos
Hari Isnin menjadi permulaan hari,
lantaran amat penting untuk kita memilih rona pakaian yang sesuai untuk
membantu membangkitkan mood. Putih adalah
pilihan yang sesuai, warna ini polos dan suci. Ia membantu minda kita relaks
dan persiapkan diri untuk memulakan hari. Warna putih memberi impak bersih dan
tenang kepada si pemakai. Tidak semestinya anda menggayakan semua busana putih
sebaliknya sedikit palitan warna ini sudah mencukupi.
Kekuatan
merah jambu & ungu
Rona-rona lembut sentiasa menjadi
pilihan terutama kaum Hawa. Merah jambu dan ungu mewakili imej sopan dan manis.
Warna ini mempunyai aura yang sangat positif, pemakainya akan menjadi lebih
bersemangat dan yakin untuk melaksana segala urusan atau tugasan yang
diamanahkan. Gayakan salah satu rona ini dan nikmati sensasi aura warna
tersebut.
Biru
hari membuat keputusan
Bagi orang yang arif tentang warna,
mereka akan memilih biru untuk hari Rabu. Warna ini melambangkan ketenangan,
kematangan dan rasional. Ada sesetengah syarikat atau organisasi yang membuat
mesyuarat pada hari Rabu, golongan ini percaya aura warna biru akan
mempengaruhi mereka membuat keputusan yang tepat. Begitu juga dengan kehidupan
peribadi, manfaatkan kekuatan rona biru untuk keputusan bijak.
Oren
& kuning menceriakan
Hari Khamis menjadi hari yang sangat
sibuk bagi kebanyakan orang. Hari berikut kemuncak untuk memastikan urusan
minggu tersebut berjalan lancar. Lantaran, warna kuning, oren atau jingga
dijadikan pilihan. Warna ini mempunyai tenaga luar biasa, ia membiaskan
keceriaan dan membuatkan si pemakai aktif serta bertenaga.
Hijau
menyegarkan
Melihat warna hijau bagaikan terapi
selepas berpenat lelah. Warna ini amat sesuai digayakan pada hari Jumaat, aura
hijau memancarkan kesegaran dan memberi terapi istimewa kepada kita. Pilih
kumpulan rona hijau yang sesuai dengan diri anda, sama ada hijau muda, pucuk
pisang atau hijau tua. Tepuk dada, tanya selera.
Merah
penuh tenaga
Selepas memerah otak, Sabtu menjadi
hari berlibur untuk bersama keluarga, si dia mahupun teman-teman. Pastinya hari
tersebut penuh dengan aktiviti menarik, usah ragu-ragu menggayakan rona merah.
Bukan sahaja menarik perhatian, malah warna ini memantulkan tenaga luar biasa
buat anda.
Hitam
penutup hari
Ahad hari untuk istirehat di rumah,
anda memerlukan privasi untuk menenangkan fikiran dan merehatkan tubuh bagi
memulakan hari baru. Rona-rona gelap membantu anda mendapatkan mood untuk tujuan tersebut.
Sumber : Majalah Mingguan Wanita
0 Response to "Pengaruh Warna Dalam Penampilan"
Post a Comment