Anak menangis sememangnya membuatkan hati ibu gundah.
Jika dahulu kita lihat para ibu bersusah payah menidurkan anak mereka dengan
cara menepuk bayi atau meletakkan mereka di dalam buaian. Banyak tenaga yang digunakan bagi memastikan buaian
sentiasa bergerak dan si comel kekal tidur lena. Kini, para ibu boleh tersenyum
kerana teknologi membantu meringankan beban mereka dengan ciptaan buaian
elektrik.
Tidak dinafikan buaian ini dapat membantu dan memudahkan
kerja si ibu. Tetapi tahu kah anda buaian jenis ini tidak sesuai digunakan oleh
anak anda. Ramai pakar kesihatan dan pakar penjagaan bayi menyarankan supaya
tidak menggunakan buaian bagi menidurkan anak anda.
Ini kerana ia mengundang pelbagai risiko seperti
kecederaan kepala pada kanak-kanak akibat terjatuh dari buaian semasa mereka
tidur, bermain atau menyusu. Bersama SDK, kita kongsi antara risiko yang
mungkin dihadapi oleh bayi yang menggunakan buaian elektrik ini:
Kebarangkalian
bayi terjatuh atau dihempap spring/mesin
Kain yang digunakan untuk meletak bayi hanya disangkut
pada sebatang besi penyangkut yang dihubungkan pada spring atau mesin automatik
buaian. Bayangkan jika salah satu daripadanya rosak, bayi anda mungkin terjatuh
atau dihempap oleh peralatan tersebut. Situasi mungkin bertambah buruk jika
bayi terkena renjatan elektrik.
Tidak
menyokong struktur tulang belakang bayi
Buaian secara saintifiknya tidak memberi sokongan penuh
pada tulang belakang bayi. Jika anda perhatikan dengan teliti, bahu bayi
selalunya kelihatan membongkok ketika di dalam buai.
Bayi
lemas
Bagi bayi yang mula belajar memusingkan badan, mungkin
memusingkan mukanya ke bawah sewaktu sedar ataupun dalam keadaan tidur. Ini
boleh menyebabkan bayi lemas kerana kebanyakan bayi tidak pandai memusingkan
kembali badan mereka.
Sindrom
gegaran otak bayi
Enjutan buaian boleh mengakibatkan bayi anda mengalami
sindrom gegaran otak kerana ubun-ubun bayi yang berusia kurang daripada 18
bulan masih lembut.
Menggoyang
bayi dengan kuat
Enjutan perlahan mungkin tidak berbahaya pada bayi.
Namun, dengan lantunan spring buaian (pergerakan atas bawah) seolah-olah sama
perihalnya dengan melambung bayi anda ke udara. Ini juga mampu mengundang
sindrom gegaran otak pada bayi.
Sumber :
Majalah Mingguan Wanita
0 Response to "Risiko Anak Tidur Buai"
Post a Comment