Mitos atau fakta,
semuanya terpulang pada anda sendiri kerana setiap kandungan yang terdapat di
dalam makanan mempunyai khasiat tersendiri. Mitos ini timbul mungkin kerana
sikap masyarakat dulu-dulu yang terlalu berhati-hati.
Bawang punca badan berbau?
Jangan takut memakan bawang kerana bawang bukan punca anda berbau
badan. Bau badan muncul apabila peluh bercampur bakteria yang hadir pada
lipatan tubuh seperti ketiak. Bawang hanyalah penyebab suhu tubuh badan
meningkat sehingga membuatkan anda berpeluh tetapi bukan bau badan!
Biji jambu punca sakit
usus?
Ada yang berpendapat memakan biji jambu boleh menyebabkan masalah
pada usus. Hakikatnya, penyakit usus adalah disebabkan oleh hadirnya bakteria
patogen yang menjangkiti usus besar. Biji pada jambu tidak mungkin tersumbat di
dalam usus kerana biji jambu keluar ketika membuang air besar.
Timun punca keputihan?
Ramai wanita gerun memakan timun kerana khuatir berlaku keputihan.
Keputihan terjadi kerna keadaan alat sulit yang lembab dan sikap malas menukar
seluar dalam sehingga menyebabkan pertumbuhan bakteria. Malah, timun tidak
mengandungi bahan yang boleh menyebabkan keputihan.
Lemon campur kicap
punca sakit perut?
Jika sebelum ini anda pernah disuruh mengamalkan mengambil perahan
limau nipis atau lemon dan ditambah dengan kicap untuk menyembuhkan batuk,
jangan ragu-ragu melakukannya. Hal ini kerana, limau atau lemon mempunyai asid
tinggi yang dapat membunuh bakteria punca batuk. Kicap pula bertindak sebagai
penyeimbang rasa masam dari limau nipis atau lemon. Ia sama sekali tidak
memudaratkan perut anda.
Buah salak punca sembelit?
Ramai yang menjauhi buah salak kerana khuatir najis akan menjadi
keras. Tolak tepi kepercayaan ini kerana buah salah mempunyai kandungna serat
yang tinggi sehingga memudahkan anda membuang air besar dengan lancar.
Bayam punca urat timbul?
Memilih bayam atau pucuk ubi sebagai menu boleh menyebabkan
urat timbul dan sakit. Jangan risau kerana ia tidak benar kerana semua jenis
sayuran adalah baik untuk keperluan tubuh malah sayuran ini mengandungi banyak
serat untuk melancarkan pencernaan. Sakit urat adalah berpunca daripada toksin
yang banyak serta pengambilan garam berlebihan.
Buah nenas punca gugur?
Tidak ada bukti ilmiah mengenai hal ini. Malah, nenas mengandungi
enzim bromelain yang dapat mencerna protein di dalam makanan agar lebih mudah
terserap oleh tubuh. Secara tidak langsung, janin berkembang dengan baik kerana
cukup zat. Mengambil nenas membantu mengurangi masalah kolesterol dalam darah,
diabetes dan penyakit jantung.
Jika anda masih ragu akan mitos ini, percayalah bahawa
setiap sakit yang datang adalah kerana kelemahan sistem imun dalam tubuh badan
anda. Apabila anda jatuh sakit setelah mengambil makanan ini, mungkin ia satu
kebetulan. Apa pun, tepuk dada tanya selera!
Sumber :
Majalah Seri Dewi & Keluarga
0 Response to "7 Mitos Makanan Yang Tidak Boleh Dipercayai"
Post a Comment