Power Bank ialah peranti yang
di reka khusus untuk membantu meningkatkan jangka hayat ketahanan bateri
peranti mudah alih terutamanya telefon pintar dan tablet. Peranti ini memiliki
fungsi untuk menyimpan kuasa bergantung pada kapasiti Power Bank tersebut.
Fungsi Power Bank ini juga
selalu diistilahkan sebagai pengecas mudah alih yang boleh diusung ke mana-mana
dan membantu mengecas peranti mudah alih tanpa memerlukan elektrik.
Kemampuannya untuk menjadi pembantu ketika pengguna mengalami masalah kehabisan
bateri semakin mendapat tempat di hati pengguna.
Dengan perkembangan pesat
pengguna yang memiliki peranti mudah alih, industri Power Bank ini turut ikut
sama bertumbuh dengan kadar yang mengejutkan. Pelbagai pengeluar mulai turut
serta mengeluarkan produk-produk yang pelbagai bagi mendapatkan perhatian
pengguna. Tetapi, sejauh mana prestasinya pula?
Ciri dan fungsi
Sering kali pengguna yang ingin
mendapatkan Power Bank tertanya-tanya, apa ciri-ciri yang perlu diambil kira
kerana Power Bank merupakan salah satu peranti mudah alih yang mulai
mencetuskan fenomena tersendiri semenjak semakin ramai menggunakan telefon
pintar dan tablet di seluruh dunia.
Dengan penggunaan Power Bank,
pelbagai masalah dapat diatasi. Kerunsingan pengguna berkaitan bateri peranti
mudah alih mereka juga turut menjadi penyebab utama kepada pembangunan industri
ini. Walaupun peranti mudah alih mereka dilabelkan berspesifikasi tinggi dengan
bateri berkapasiti tinggi, ia tetap ada masalah.
Secara umumnya, pemilihan Power
Bank memerlukan sedikit penelitian seperti mana untuk memiliki peranti mudah
alih yang lain. Hal ini kerana, sesetengah pengguna mengadu Power Bank yang
dibeli sering kali mengalami masalah daripada segi produktiviti. Oleh itu,
tip-tip berikut boleh membantu anda.
1. Jenama
Secara kasarnya, pilihlah
jenama Power Bank yang sudah dikenali di seluruh dunia. Ini kerana, di pasaran
Malaysia khususnya sudah muncul banyak jenama-jenama yang agak meragukan.
Seboleh-bolehnya, pilih jenama yang memiliki pensijilan UL untuk lebih
kepastian dan keselamatan.
2. Syarikat pengeluar
Rujuk terlebih dahulu berkaitan
syarikat pengeluar atau kilang yang menghasilkan Power Bank yang bakal anda
pilih. Sama ada benar syarikat tersebut memiliki kepakaran dan industri bateri atau
tidak. Ini untuk mengelakkan anda terbeli Power Bank daripada syarikat yang
tidak sahih kewujudannya.
3. Kualiti
Kualiti bukan lah penentu
kepada prestasi Power Bank itu sendiri, tetapi ia akan memberi kesan kepada
kepantasan ketepatan memenuhkan bekalan kuasa. Selain itu, jika kualiti Power
Bank itu sendiri sedia maklum di tahap sederhana, ia akan merosakkan kapasiti
bateri pada peranti mudah alih anda.
4. Jaminan
Untuk keselamatan, cuba pilih
Power Bank yang memiliki jaminan sekurang-kurangnya setahun. Jaminan tersebut
juga perlu diteliti berkaitan terma dan syarat. Dengan itu, semasa pembelian
semak di manakah boleh anda menghantar Power Bank dengan jaminan jika ada
sebarang masalah timbul.
5. Ciri tambahan
Sesetengah Power Bank di
pasarkan dengan ciri-ciri tambahan. Ini akan memberikan nilai tambah kepada
Power Bank tersebut. Ciri-ciri tambahan seperti port tambahan dan
sebagainya ini perlu juga diambil kira selagi mana tidak menjejaskan fungsi
utama Power Bank tersebut.
6. Kapasiti
Strategi perniagaan Power Bank
di pasaran ialah mengumpan pengguna dengan kapasiti yang besar tetapi dijual
pada harga yang murah. Apa yang penting, pilih kapasiti Power Bank mengikut
keperluan, dan bukan keinginan. Ini membantu untuk mengawal rasa ingin membeli
dengan cepat.
7. Model
Model Power Bank ialah
persoalan terbesar yang akan bermain di fikiran setiap bakal pengguna. Dengan
lambakan model-model Power Bank di pasaran, pilih mengikut kesukaan anda
termasuklah daripada segi saiz, fizikal, binaan, warna dan sebagainya setelah
mengambil kira informasi di atas.
8. Bateri
Teliti berkenaan bateri pada
Power Bank anda di nota pemberitahuan dalam kotak. Cuba dapatkan kepastian
daripada pengedar bahawa bateri tersebut adalah tulen dan bukan bateri yang
diguna semula. Rujuk kepada pelekat-pelekat pemberitahuan berkenaan ketulenan
bateri pada Power Bank tersebut.
9. Ciri keselamatan
Jika boleh, pilih Power Bank
yang memiliki ciri-ciri keselamatan khusus yang mampu melindung peranti mudah
alih dan anda sendiri. Usah segan bertanya kepada penjual, adakah Power Bank
ini memiliki ciri keselamatan seperti perlindungan short
circuit, pengecasan berlebihan atau suhu.
10. Indikator
Sesetengah Power Bank
menawarkan isyarat indikator yang berbeza-beza bagi sesetengah fungsinya. Ini
sangat penting untuk mengetahui maklumat pada Power Bank anda seperti kadar
pengecasan, aktiviti sekarang dan sebagainya. Dengan isyarat ini, pengguna
dapat lebih peka berkaitan masa pengecasan.
11. Output
Perhatian voltan pada port
output Power Bank yang sedang anda pantau. Contohnya seperti 5V/1A atau 5V/1.5A
dan sebagainya. Ini kerana output ini memiliki pengaruh pada proses kepantasan
pengecasan dan juga pengeluaran kuasa secara maksimum.
12. Plug
Pilih Power Bank yang tidak
terlalu khusus untuk satu jenis peranti sahaja. Sesetengah Power Bank
menawarkan plug kuasa yang bervariasi bagi melengkapkan koleksi setiap jenis
peranti. Untuk itu, anda boleh tetap gunakannya walaupun menukar peranti mudah alih.
13. Kabel original
Untuk penggunaan yang lebih
baik dengan ciri terbaik, Power Bank tersebut perlulah memiliki sokongan untuk
kabel data original peranti (telefon pintar atau tablet) anda. Ini kerana,
kabel data pengecas original peranti anda akan mengalirkan kuasa daripada Power
Bank dengan lebih stabil.
14. Harga
Tinjau harga Power Bank dengan
kapasiti yang tertentu terlebih dahulu sebelum mula memantau pada pengedar atau
penjual-penjual. Pastikan anda telah memiliki senarai secara kasar harga yang
sepadan dengan kapasiti Power Bank. Untuk itu, anda masih boleh menilai ada ia
berbaloi dengan apa yang anda mahukan.
15. Set Lengkap
Seperti ketika membeli peranti
mudah alih lain seperti telefon pintar, tablet dan sebagainya, anda perlu lebih
prihatin berkenaan set yang ditawarkan secara percuma oleh pengedar Power Bank
tersebut. Contohnya set lengkap untuk Power Bank merangkumi A/C adapter, penyambung kabel, lampu indikator dan lain-lain untuk menyokong
prestasi Power Bank tersebut.
Sumber : Majalah PC
0 Response to "Tip Pilih Power Bank"
Post a Comment