Tolak tepi tanggapan buang tabiat sebaliknya gunakan lapan
ungkapan di bawah untuk ditujukan kepada pasangan sehidup semati anda
dengan harapan dapat mengekalkan hubungan perkahwinan yang dibina. Sudah
bersedia?
"I miss you."
Beritahu pasangan anda bahawa anda merindukannya setiap saat
dengan menghantar teks ringkas di telefon bimbit. Kemudahan Whatsapp,
We Chat, LINE dan
banyak lagi pasti lebih menarik kerana anda boleh sertakan sekali 'emoticon' comel dan mencuit hati. Jika
anda sedang berehat di rumah bersama anak-anak, hantarkan gambar keluarga
dengan pesanan seperti,"Kami
tidak sabar menunggu awak balik dari kerja!"
"Bagaimana hari
anda?"
Sentiasa bertanyakan bagaimana harinya di tempat kerja atau
harinya bersama anak-anak. Kerap bertanya akan membuatkan pasangan anda merasa
disayangi dan tenang kerana percaya di hati anda cuma anda dirinya dan
anak-anak.
"Awak masih ingat
masa ketika...?"
Mengingatkan pasangan anda tentang kenangan-kenangan menarik
ketika bersama boleh membuatkan pasangan anda tersenyum simpul. Mana tidaknya,
menceritakan kembali detik bulan madu, percutian kali pertama sebagai suami
isteri, pengalaman pertama kali hamil dan sebagainya bisa menghangatkan kembali
hubungan yang dibina. Pasti banyak kisah yang boleh dikongsi.
"Boleh saya
bantu?"
Perasaan panik dan kelam kabut setiap pagi gara-gara terlewat
bangun untuk ke pejabat boleh menimbulkan stres apabila anda tidak pandai
memainkan peranan. Menyuruh pasangan bertenang dan menghulurkan bantuan boleh
membuatkan pasangan kembali tenang apabila anda bersedia membantunya mencari
kunci kereta!
"Apa pendapat
anda?"
Dalam setiap perhubungan tidak sepatutnya ada sikap diktator
sebaliknya biarlah bersikap demokrasi. Sentiasa bertanyakan perasaan dan
pendapat pasangan meskipun perihal besar atau kecil. Sebagai contoh, jika anda
merancang untuk bercuti, minta pendapat pasangan supaya sama-sama akan berpuas
hati dengan pilihan lokasi percutian.
"Awak sangat cantik /
tampan"
Jika anda tidak memuji pasangan anda, bagaimana anda mahu mereka
merasa dihargai dan diperlukan? Pujian bukan dari fizikal saja tetapi beri
pujian dari segi sikap dan penampilan mereka. Sebagai contoh,"Saya menyayangi sikap awak yang
berkeyakinan tinggi," dan "Saya suka lihat awak mengenakan selendang
merah."
"Maafkan saya. Awak
benar."
Setiap hubungan pasti ada pasang surutnya. Membuat kesilapan itu
tidak mengapa asalkan anda sentiasa merendah diri untuk mengungkap kata maaf
dan bersikap bertanggungjawab. Menolak untuk mengaku kesilapan akan membuatkan
persengketaan menjadi panjang dan memberi kesan buruk kepada anak-anak.
"I love you."
Tidak kira berapa lama anda kenal pasangan anda, ungkapan tiga
perkataan ini tidak pernah hilang dan bosan maksudnya. Sentiasalah ucapkan kata
sayang kepada pasangan anda kerana ucapan yang diterima tidak akan pernah basi
dan bosan untuk didengar sebaliknya sentiasa rasa terharu dan malu biarpun
banyak kali diungkap. Lihat betapa magisnya ungkapan "Aku
cinta padamu."
Kami pasti anda mempunyai ungkapan tersendiri atau isyarat
tertentu sebagai bukti cinta bersama pasangan. Biarpun 'aneh' bagi orang lain
tetapi cukup romantik buat anda. Jangan lupa bagi ciuman setiap pagi kepada 'honey
boo boo' anda!
Sumber :
Majalah Seri Dewi & Keluarga
0 Response to "8 Ungkapan, Jaminan Hubungan Berkekalan!"
Post a Comment