Tersedak susu sehingga
menyebabkan kematian bukan lagi isu baru, malahan ramai ibu muda cukup risau
jika kes ini berlaku pada anak yang ditinggalkan kepada pengasuh.
Susu akan terus mengalir
dan membuatkan si anak tersedak dan susu terus masuk ke saluran pernafasan dan
paru-paru. Manakala, faktor lubang puting terlalu besar dan kedudukan bayi yang
salah ketika minum susu botol juga menjadi punca bayi tersedak susu. Ketahui
alternatif untuk mengelakkan bayi daripada tersedak susu.
Pemilihan puting susu
Sebelum memilih botol susu
yang sesuai, pemilihan puting susu juga memainkan peranan. Pastikan lubang
puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam mulut
bayi. Sebaiknya pilih puting sepadan mengikut usia bayi anda.
Sendawakan bayi setiap
kali menyusu
Selepas bayi anda kenyang
menyusu, sendawa kan bayi anda secepat mungkin untuk mengeluarkan angin.
Langkah ini juga untuk memastikan bayi tidak muntah ketika tidur.
Pastikan posisi bayi anda
betul
Tatkala anda menyusukan
bayi sama ada menyusu badan atau botol, pastikan kedudukan kepala bayi lebih
tinggi daripada dada dan perutnya. Manakala botol susu pula, mesti dipegang
dalam kedudukan tidak lebih 45 sehingga 60 darjah supaya air susu tidak
tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.
Posisi menyusu badan
Posisi yang terbaik bagi
ibu yang menyusu badan adalah memangku bayi seperti mana yang disarankan.
Elakkan daripada memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai atau tidur
mengiring.
Susukan dengan betul
Bagi si ibu yang menyusu
badan, anda harus memastikan kawasan puting masuk sepenuhnya dalam mulut bayi
bagi mengelakkan si manja anda tersedak susu.
Sumber : Majalah Mingguan Wanita
0 Response to "Elak Bayi Tersedak Susu"
Post a Comment