Elak Khasiat Makanan Terjejas



Ramai yang tidak tahu bahawa cara menyimpan makanan yang salah boleh menjejaskan khasiat sayur, ikan, ayam dan pelbagai lagi sumber makanan.

Antara tujuan makanan perlu disimpan dengan betul dan sempurna ialah bagi memastikan makanan berkenaan berada dalam keadaan selamat sehingga ia dimakan semula.

Mungkin ramai tertanya-tanya cara terbaik menyimpan makanan berkenaan teutamanya di dalam peti sejuk. Berikut adalah panduannya:

Simpan sayur ditempat sesuai
Bagi mengelakkan sayur-sayuran dan buah-buahan rosak maka simpanlah di bahagian laci bawah peti sejuk. Ini penting untuk mengelak masalah pembekuan.

Guba beg plastik
Sebaiknya simpan semua jenis makanan yang siap dimasak ke dalam bekas berpenutup seperti beg plastik bertutup dan dibalut dengan kertas aluminium atau plastik nipis. Cara ini membantu mengurangkan proses pengeringan, pencemaran, perubahan bau atau tertumpah.

Asingkan bahan makanan
Amalkan menyimpan makanan yang telah dimasak di bahagian sejuk (atas) tetapi bezakan dengan bahan yang masih mentah. Ini kerana bahan-bahan seperti daging, ikan dan sayur-sayuran lazimnya mengandungi bakteria berbahaya yang boleh mencemarkan makanan yang siap dimasak sekali gus mengakibatkan masalah keracunan dan basi.

Cara simpan telur
Sebaiknya simpanlah telur di bahagian yang lebih sejuk dalam peti sejuk kerana suhu yang lebih rendah hanya akan melembapkan lagi proses pembiakan bakteria.

Bungkus sayur
Sayur-sayuran sebaiknya dibungkus dengan plastik berlubang berupaya mengurangkan kehilangan air sekali gus melancarkan pengaliran udara di dalamnya.

Alih makanan dalam tin
Makanan dalam tin yang telah dibuka tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk begitu sahaja. Pindahkan makanan tersebut ke dalam bekas plastik atau kaca bertutup. Ini bagi mengelakkan berlakunya tindak balas logam (tin) ke atas udara apabila makanan berkenaan dibiarkan di dalamnya.

Simpan bekas rapat-rapat
Jika menyimpan bekas makanan di dalam peti sejuk, sebaiknya susun bekas berkenaan rapat-rapat agar udara yang mengalir di dalamnya dapat disebarkan sekata.

Sejukkan makanan sebelum simpan
Makanan siap dimasak tidak boleh diletakkan terus ke dalam peti sejuk. Sebenarnya ia adalah kaedah yang diguna pakai bagi menghalang pertambahan kelembapan di samping mengekalkan suhu di dalam peti sejuk. Cara paling mudah adalah dengan membiarkan makanan tersebut sejuk dahulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk.


Sumber : Majalah Mingguan Wanita


0 Response to "Elak Khasiat Makanan Terjejas"

Post a Comment