Sesetengah orang suka makan bila
dilanda masalah atau tertekan dengan apa-apa situasi yang mendesak. Perkara ini
bukan khayalan, ia memang terjadi. Sebab itulah, ada yang naik berat badan
ketika melalui detik-detik sukar. Tidak salah nak makan, tapi pilihlah makanan
yang menenangkan seperti berikut:-
*Oatmil bersama serbuk kayu manis dan
madu
Semangkuk oat dapat meningkatkan
hormon serotonin yang menggalakkan rasa selesa kerana kandungan serat di
dalamnya. Oleh itu, pengambilan oat tidak akan menyebabkan paras gula dalam
darah naik mendadak. Tambahkan serbuk kayu manis untuk menghilangkan stres dan
madu untuk menguatkan sistem imunisasi badan.
*Coklat gelap bersama kacang badam
Makan coklat gelap dapat mengurangkan
hormon stres. Kacang badam pula kaya dengan sumber protein. Gabungan kedua-dua
makanan ini dapat membantu anda kekal tenang tanpa menggemukkan. ‘Best’ tu!
*Smoothies
Kisar apa saja bersama susu (sama ada
susu skim, susu segar, susu soya, dan sebagainya) dengan buah-buahan kegemaran
anda. Anda juga boleh mencampurkan serbuk coklat atau vanila ke dalam smoothies
anda. Cubalah!
*Kekacang dan biji-bijian
Haaa... Makanlah kacang pistacio,
gajus, walnut, badam, dan kuaci sekali gus! Ia umpama kombo ketenangan.
Kandungan omega-3 yang terdapat dalam kacang walnut dan kuaci dapat menurunkan
paras stres dan menggalakkan hormon-hormon sihat.
*Keledek
Sudahlah manis, sedap, dan kaya
nutrien! Kalau mahukan manisan tanpa gula, keledek adalah makanan terbaik. Ia
mengenyangkan dan ‘syok’!
*Yogurt dengan buah beri
Campurkan yogurt dengan apa saja jenis
buah beri. Ia sumber protein yang memberi tenaga dan mewujudkan hormon anti
stres. Tambahkan buah untuk rasa manis dan mencetus sistem imuniti tubuh.
*Kari sayur-sayuran
Tahukah anda, saat anda makan cili, ia
dapat merembeskan hormon endorfin yang dapat menggalakkan rasa tenang? Kari
sayur sememangnya bagus kerana ia menyumbang sumber protein dan tenaga, dan
semua ini boleh didapati hanya dari sebuah mangkuk!
*Teh hijau
Asid amino dalam teh hijau sesuai
diambil ketika anda berada dalam keadaan tegang. Pengambilan kafein yang
terkawal membantu anda kekal fokus untuk bertenang.
Sumber : Majalah Rapi
0 Response to "8 Jenis Makanan Boleh Atasi Stres"
Post a Comment