Sesiapa saja pasti
menggemari air kelapa. Namun, air kelapa lebih popular menerusi rasanya yang
ringan, mampu melegakan dahaga dan menyejukkan badan. Tetapi tidak ramai yang
tahu khasiat tersembunyi air kelapa dari segi kesihatan dan kecantikan.
Membantu mengurangkan
berat badan
Memandangkan air kelapa mengandungi lemak yang sangat rendah maka
pengambilan yang banyak bukanlah satu masalah untuk anda yang mengamalkan diet.
Malah, air kelapa membantu meningkatkan selera makan dan mengenyangkan kerana
kaya dengan khasiat semulajadi.
Membantu menyihatkan kulit
bermasalah
Bagi anda yang mempunyai kulit bermasalah seperti jerawat, parut
dan gatal kemerahan, membasuh kulit dengan air kelapa bertindak membantu
merawat dan melembapkan kulit. Hal ini terbukti apabila kebanyakan produk
seperti krim wajah, syampu, perapi dan losen badan mengandungi ekstrak kelapa
dikatakan lebih berkesan.
Merawat perut yang kurang
selesa
Setiap kali anda berdepan dengan masalah perut, meminum air kelapa
membantu memberi keselesaan pada perut. Air kelapa dikatakan boleh menggantikan
cecair yang hilang dari tubuh akibat kekerapan kencing dan muntah.
Membantu mengatasi pedih
hulu hati
Kandungan serat yang tinggi di dalam air kelapa mampu mengelak
masalah kurang hadam dan membantu mengurangkan masalah 'acid
reflux'.Air kelapa mampu memberi rasa lega pada perut.
Tingkat hidrasi tubuh
Air kelapa dikatakan sangat berkesan untuk menghidrat tubuh badan
lebih-lebih lagi selepas bersukan dan dijadikan minuman tenaga. Ketika
bersukan, tubuh badan kehilangan banyak cecair dan mineral. Air kelapa menjadi
pengganti cecair yang baik kerana mengandungi 284 mg potasium dan 5 mg gula
semulajadi lebih baik berbanding minuman tenaga yang biasa diambil.
Mengurangkan tekanan darah
Kandungan elektrolit yang tidak seimbang boleh mengakibatkan
tekanan darah tinggi berbanding air kelapa yang mengandungi kandungan yang
sangat mencukupi yang diperlukan oleh tubuh badan. Anda disarankan untuk
mengambil air kelapa setiap permulaan hari untuk mengimbangi elektrolit.
Kaya dengan nutrisi
Berbeza dengan minuman tenaga yang terdapat di pasaran, air kelapa
mengandungi lima elektrolit penting di dalam badan termasuk kalsium, magnesium,
fosforus, kalium dan natrium. Disebabkan kandungannya yang unik, air kelapa
bukan saja boleh dinikmati tetapi juga boleh digunakan untuk perubatan.
Serasi dengan darah
manusia
Memandangkan air kelapa merupakan isotonik kepada plasma manusia,
air kelapa boleh digunakan di dalam kecemasan kerana boleh mempercepatkan
penghidratan semula dalam badan. Air kelapa sering menjadi penyelamat nyawa
manusia di negara dunia ketiga.
Selepas ini, anda tidak perlu lagi risau dengan mengambil kira
kekerapan minum air kelapa kerana ia tidaklah memudaratkan sebaliknya
mendatangkan kebaikan. Mencari air kelapa di saat cuaca sedang panas membahang
pun menarik juga. Jom!
Sumber :
Majalah Seri Dewi & Keluarga
0 Response to "Jangan Risau Minum Banyak Air Kelapa"
Post a Comment