Jika perkara ini berlaku, ia
semestinya diakibatkan oleh pengurusan storan yang tidak sistematik. Selang
sebulan, anda mesti mengemas kini storan kerana mungkin kadangkala, ada kemas
kini, muat turun serta video-video yang muncul secara automatik tanpa disedari.
Jadi, cuba aplikasikan tip-tip ini untuk lebih jimat serta meningkatkan
produktiviti.
Aplikasi
Aplikasi yang dimuat turun akan
secara automatik akan disimpan di memori terbina di peranti anda. Ada beberapa
peranti yang membenarkan anda untuk menyimpannya dalam kad SD. Selain itu, anda
perlu lebih rajin untuk mengemas kini aplikasi mana yang telah dimuat turun
tetapi tidak berguna, rosak dan versi percubaan. Jangan terasa rugi untuk terus
membuangnya.
Foto
Kini, terdapat pelbagai versi
peranti dengan kamera yang memiliki mega piksel yang besar. Oleh itu, saiz foto
yang diambil akan turut sama dalam saiz yang sangat besar. Untuk kegunaan yang
penting dan anda memang memerlukan foto yang tajam, cantik dan sebagainya tiada
masalah. Tetapi, jika hanya sekadar untuk memuat turun di Facebook, anda perlu
mempertimbangkan untuk mengurangkan sedikit saiz bagi menjimatkan ruang dan
memuatkan lebih baik foto.
Data aplikasi
Sesetengah aplikasi menyimpan
banyak fail-fail sementara dalam memori terbina pada peranti anda dan ia akan
sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Data-data aplikasi ini selalunya
tidak ditetapkan untuk pengurusan secara sistematik. Masalah ini tidak berlaku
kepada aplikasi popular seperti Google Maps, Facebook dan sebagainya.
Cache pelayar
Sesetengah peranti telefon
pintar dan tablet memerlukan anda membersihkan kesemua fail internet sementara
yang disimpan oleh pelayar web anda secara manual. Tetapan secara automatik
mengakibatkan ia terus disimpan sehingga melebihi kapasiti sepatutnya. Ia perlu
dilakukan selang seminggu atau sebulan bergantung pada penggunaan pelayar web.
E-mel
Ada beberapa versi peranti yang
tidak memiliki kesesuaian untuk bekerja dengan e-mel yang terlalu banyak.
Pengurusannya kurang sistematik mengakibatkan kadangkala ia akan menyesakkan
ruang dan memenuhkan memori sehingga memperlahankan peranti tanpa disedari.
Ambil masa untuk melihat dan memadamkan mana yang sudah tidak berguna lagi.
Video
Kebanyakan video yang diambil
dengan peranti mudah alih kini sangat berkualiti sehingga beresolusi definisi
tinggi (HD). Perkara ini perlu dititikberatkan oleh pengguna kerana saiz video
sangat besar dan akan memakan banyak ruangan di storan anda. Rajin-rajinkan
diri untuk memindahkan fail video yang dirakamkan bagi membolehkan storan anda
boleh dimuatkan oleh data-data yang lain sama.
Sumber : Majalah PC
0 Response to "Tip Jimat Ruang Pada Gajet"
Post a Comment